Sunday, September 19, 2010

Selamat Hari Raya semua ;)

Rasa macam dah lama giler tak update apa2 dalam blog ni. Takde mood sgt bulan puasa tu.hehe.Hopefully tak terlambat nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri and maaf zahir batin to all especially to my beloved husband, son and families.Ini lah first time sy and husband beraya kat malaysia sebagai suami isteri and first time selepas 6 tahun sy beraya kat msia sebab duduk kat melbourne. Rasanya mmg best lah beraya kat msia ni berbanding kat melb dulu. Biasanya hari raya first je sy beraya kat sana, pastu dah takde pape. Ader jgk yg sy tak beraya  langsung sbb exam exactly time hari raya pertama. Itulah adat anak perantau namanya..hehe. Tradisi raya sy mmg wajib call mak abah (and boyfriend..hehe) malam raya tu and masak ala kadar je. Kdg2 tak masak langsung..hehe

Raya ni sy bersyukur sbb kitorg dpt beraya dgn semua family. Happy sgt tgk Amir dapat beraya dgn nenek, atok and makcik pakcik and sedara2 yg lain. Persiapan kami pun ala kadar je.

Yang menyedihkan raya tahun ni ialah kisah jutawan kosmetik, Datok Sosilawati Lawiya dan empat individu lain yang dengan kejam telah ditangkap, dipukul sehingga mati dan dibakar. Sangat sadis dan kejam.Modus operandi suspek menunjukkan dia mmg dh banyak kali buat benda ni (reported dia dh pernah bunuh 17 org sebelum ni) and mmg takde belas kasihan langsung. Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat dan diampunkan dosa. Kerana wang ringgit manusia buta hati sehingga sanggup membunuh manusia lain. Nauzubillah. 

Apepun selamat hari raya to all again and semoga syawal kali ni membawa keberkatan dalam hidup kita semua..;))

No comments:

Post a Comment